GEOTAPAK : Ciri Geologi dan Warisan Alam
Lembah Kinta merupakan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa dan menampilkan formasi batu kapur yang berusia lebih 250 juta tahun. Kawasan ini kaya dengan bentuk muka bumi karst yang dramatik seperti bukit batu kapur, dolina, stalaktit dan stalagmit, serta rangkaian gua yang luas dan bersejarah.
Antara geotapak penting ialah:
- Gua Tempurung dan Gua Kandu – Gua batu kapur tertua dan terpanjang di Semenanjung Malaysia dengan sejarah perlombongan dan aktiviti komuniti Komunis zaman darurat.
- Gunung Datok (Needle of Tambun) dan Gunung Rapat – Memaparkan bentuk monumen karst dan struktur batuan unik yang menjadi ikon landskap Ipoh.
- Tasik Cermin dan Gunung Lang – Menunjukkan fenomena dolina dan tasik semulajadi hasil aktiviti perlombongan bijih timah lampau.
- Lubuk Timah Hot Spring dan Jeram Papan – Tapak hidrogeologi berasaskan granit yang memperlihatkan interaksi antara batuan dan sumber air bawah tanah.
Formasi geologi di sini membuktikan proses evolusi bumi, termasuk aktiviti tektonik, pelarutan batuan, dan perubahan iklim berjuta tahun lalu.
Trans Alpes Adventure
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Patagonia Dust Ride
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Australian Islands
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Capetown Guided Tour
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Great Western Trail
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Cornwall Coast
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
East Indian Trails
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Northern Lights Fjords
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
There and Back Again
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Vietnam Bikepacking
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Across Eastern Europe
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Caucasus Peak
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna.
Map of routes
Geotapak Mengikut Lokasi Kawasan
GEOTAPAK
Ipoh
Gua Tambun (Gunung Panjang)
Terletak di tebing barat Gunung Panjang, Gua Tambun mempunyai lukisan prasejarah berusia lebih 10,000 tahun, merupakan lukisan gua terbesar di Malaysia dan mempunyai nilai budaya yang tinggi.
Ipoh
Needle of Tambun (Gunung Datok)
Morfologi batu kapur setinggi 55 meter yang dikenali sebagai 'Needle of Tambun' ini terletak dalam kawasan Lost World of Tambun. Ia menjadi mercu tanda unik dalam landskap karst Tambun.
Ipoh
Kek Look Tong (Gunung Rapat)
Sebuah gua batu kapur terkenal dengan struktur stalaktit, stalagmit dan lubang loceng semulajadi yang menarik. Ia menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Ipoh.
Ipoh
Taman Saikat (Gunung Rapat)
Terletak berhampiran kawasan Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village, Taman Saikat menawarkan pemandangan semulajadi bukit batu kapur yang menenangkan dan kaya dengan elemen budaya.
Ipoh
Tasik Cermin (Gunung Rapat)
Dikenali sebagai 'Mirror Lake', tasik ini memantulkan imej indah persekitaran batu kapur. Airnya berwarna hijau berkilat dan tersembunyi di antara bukit.
Ipoh
Lata Ulu Chepor
Kawasan riadah terkenal di kalangan penduduk setempat. Terletak di sepanjang Sungai Chepor dan mempunyai batuan seperti granit biotit, kuarza-feldspar, dan shist mika.
Ipoh
Dolina Gunung Lang
Tasik tinggalan perlombongan bijih timah yang kini menjadi destinasi pelancongan dengan pemandangan bukit batu kapur dan aktiviti menaiki bot
Ipoh
Gunung Masoorat
Tapak geoarkeologi dengan penemuan fosil dan lukisan purba. Struktur gua mempunyai stalaktit dan stalagmit unik, menjadikannya destinasi pelancongan bersejarah.
Ipoh
Lata Ulu Kinta
Salah satu cabang Sungai Ulu Kinta yang mempamerkan keindahan morfologi granit. Dulu merupakan kawasan perlombongan bijih timah yang aktif.
Ipoh
Perak Tong (Gunung Tasek)
Kuil Buddha dalam gua batu kapur yang dibina pada tahun 1926. Dari puncak Gunung Tasek, pengunjung dapat melihat panorama indah Bandaraya Ipoh.
Ipoh
Gunung Kanthan
Gunung batu kapur tertua di kawasan ini, dianggarkan berusia 488–299 juta tahun. Terkenal dengan penemuan spesies endemik labah-labah Liphistius kanthan.
Ipoh
Gunung Cheroh
Tapak bencana geologi di mana runtuhan besar telah berlaku dan memusnahkan lebih 20 rumah. Kini menjadi tapak kajian geologi dan sejarah tempatan.
Ipoh
Gunung Korbu
Gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 2,183 meter. Dikenali dalam kalangan pendaki seluruh dunia dan menjadi simbol semangat warga Ulu Kinta.
Batu Gajah
Geotapak Mata Air Panas Lubuk Timah
Lubuk Timah merupakan singkapan sungai yang memperlihatkan formasi Granit Banjaran Titiwangsa. Batuan granit di kawasan ini telah mengalami retakan sesar dan kekar, yang menyebabkan terbentuknya mata air panas semulajadi. Tapak ini menjadi tarikan utama pelancong yang ingin menikmati pemandian air panas sambil menghayati keindahan semulajadi kawasan sekitar.
Batu Gajah
Geotapak Fosil Gua Naga Mas (Gunung Pua)
Gua Naga Mas terletak di Gunung Pua berhampiran pekan Gopeng. Gua ini terkenal kerana penemuan fosil vertebrata yang dipercayai merupakan Harimau Purba. Fosil tersebut ditemui dalam keadaan hampir lengkap dan terbenam pada dinding gua batu kapur. Penemuan ini menjadikan Gua Naga Mas sebagai salah satu tapak arkeologi dan geologi penting di Malaysia.
Batu Gajah
Geotapak Air Terjun Sungai Chelik
Air Terjun Sungai Chelik terletak kira-kira 17 kilometer dari Simpang Pulai dan boleh diakses melalui perkampungan Orang Asli Pos Raya. Aliran airnya mengalir di atas bongkah granit setinggi 55 meter, menghasilkan panorama air terjun yang menakjubkan. Tapak ini bukan sahaja penting dari segi geologi tetapi juga menjadi lokasi pelancongan semula jadi dan riadah yang popular.
Batu Gajah
Geotapak Granit Jeram Papan
Jeram Papan menampilkan siri aliran air terjun deras yang mengalir melalui formasi granit dari Banjaran Kledang. Batuan di kawasan ini menunjukkan struktur semula jadi yang menarik serta berpotensi sebagai tapak penyelidikan dan pendidikan geologi. Selain itu, kawasan ini turut digunakan untuk aktiviti rekreasi dan fotografi semula jadi.
Kampar
Geotapak Kars Gua Kandu
Gua Kandu merupakan gua ke-7 terpanjang di Semenanjung Malaysia dengan panjang kira-kira 1,100 meter. Ia terdiri daripada batu kapur dan marmar, menjadikannya salah satu formasi karst yang penting di kawasan Kampar. Selain nilai geologinya, gua ini turut mempunyai sejarah penting kerana pernah digunakan sebagai tempat persembunyian Komunis dan penyimpanan pesawat tentera Jepun semasa zaman penjajahan. Kini, ia menjadi tarikan pelancongan dan aktiviti penerokaan gua.
Kampar
Geotapak Kars Gua Tempurung
Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terpanjang di Malaysia dengan panjang hampir 1.9 kilometer. Ia terbentuk kira-kira 1.59 juta tahun dahulu dan menampilkan formasi batu kapur serta marmar yang indah. Gua ini juga merupakan tapak tinggalan aktiviti perlombongan bijih timah dan dipercayai pernah digunakan oleh Gerila Komunis semasa tempoh Darurat Tanah Melayu. Hari ini, Gua Tempurung diuruskan sebagai pusat pelancongan geologi dan aktiviti kembara gua.
Kampar
Geotapak Granit Jeram Sungai Kampar
Jeram Sungai Kampar meliputi kawasan sepanjang 5 kilometer dengan 14 jeram yang diklasifikasikan antara tahap I hingga III. Kawasan ini amat terkenal sebagai destinasi utama bagi aktiviti sukan air seperti ‘white water rafting’. Batuan dasarnya terdiri daripada formasi granit yang memberi keindahan semulajadi kepada landskap sungai ini. Ia menjadi tarikan utama bagi pelancong yang menggemari aktiviti lasak dan rekreasi air.
Kampar
Geotapak Granit Air Terjun Sungai Salu
Air Terjun Sungai Salu terletak di dalam kawasan Taman Eko Rimba Sungai Salu. Air terjun ini berketinggian kira-kira 3 meter dan terbentuk oleh singkapan batuan granit berporfir berwarna kelabu cerah serta berbutir kasar. Tapak ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan dibuka kepada orang awam secara percuma. Kawasan ini sesuai untuk aktiviti rekreasi, pendidikan dan penyelidikan geologi.
Kampar
Geotapak Granit Air Terjun Batu Berangkai
Terletak kira-kira 2.5 kilometer dari Pekan Kampar, kawasan Air Terjun Batu Berangkai mempunyai panjang aliran sungai sekitar 700 meter. Ia terkenal dengan keindahan semulajadi dan kepelbagaian morfologi granit yang menarik. Tapak ini menjadi lokasi popular untuk aktiviti pelancongan, perkhemahan, serta fotografi alam semulajadi.
GEOTAPAK