Skip to main content

Audit Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2016

Audit Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2016


Audit Pejabat Terbaik23 Februari 2016 - Lawatan  Audit Penilaian Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Pengauditan ini adalah anjuran Unit Inovasi dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Melaka di mana Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah masuk bertanding sejak tahun 2015.

 

23 Februari 2016- Lawatan  Audit Penilaian Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Pengauditan ini adalah anjuran Unit Inovasi dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Melaka di mana Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah masuk bertanding sejak tahun 2015.

 

Audit Pejabat Terbaik

 

 

Panel-panel yang telah melaksanakan sessi pengauditan tersebut adalah  Encik Abd Rashid Bin Abdullah  daripada Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka, En Zul Ezwan Bin Muhammad, panel daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia dan juga disertai oleh Encik Abidin Bin Hassan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir dalam sessi pengauditan tersebut adalah Puan Mariayamma a/p Manickam dan Encik Wan Muhammad Norhafiz Bin Mohd Jaafar, pegawai daripada Unit Inovasi dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Audit Pejabat Terbaik
 
 
 Mesyuarat Pembukaan Audit telah diadakan di Perpustakaan Mahkamah Syariah Negeri Melaka, di Aras 1 di mana kata-kata aluan telah disampaikan oleh YAA Datuk Mohd Radzi Bin Hj Abd Latif, Ketua Hakim Syarie dan taklimat berkenaan dengan jabatan telah diberikan oleh Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar,  Pegawai dan kakaitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka juga turut hadir dalam mesyuarat pembukaan tersebut.  Selesai sessi Mesyuarat Pembukaan, semua panel telah melawat Sudut Inovasi yang juga terdapat dalam perpustakaan tersebut. Mereka juga telah diberi penerangan berkenaan program-program jabatan dan aktiviti yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Audit Pejabat Terbaik


Kemudian, semua panel telah dibawa ke Bilik Fail di Aras 1 untuk melihat pelaksanaan projek inovasi yang telah dijalankan iaitu Projek Ez-Trace oleh kumpulan Aura Kesidang Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang mana telah dipertandingkan di peringkat Wilayah Selatan dan juga peringkat Kebangsaan. Selain daripada itu, semua panel dan wakil daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka juga telah dibawa ke ruangan pejabat, kaunter, tandas dan ruang kerja di aras bawah sebagai melengkapkan lawatan pengauditan. Sessi pengauditan telah selesai pada jam 5.45 petang.

Audit Pejabat Terbaik
 
Audit Pejabat Terbaik

 

Hasil keputusan audit ini akan diumumkan pada Hari Inovasi Peringkat Negeri Melaka yang akan diadakan sekitar bulan Mac hingga April 2016. Sekalung penghargaan kepada Unit Pentadbiran, Unit Inovasi di bawah Pejabat Ketua Pendaftar dan semua yang terlibat dalam menjayakan pengauditan ini.