29 Julai 2019 | 26 Zulkaedah 1440H (Isnin) – Unit Pentadbiran dengan dibantu oleh pekerja syarikat kebersihan telah bergotong-royong memasang bendera di perkarangan Bangunan MSNM. Pemasangan Bendera tersebut adalah meraikan Bulan Kemerdekaan/Kebangsaan yang juga aktiviti tahunan MSNM bagi memeriahkan Bulan Kemerdekaan tersebut. Semangat patriotik dan cintakan Negara Malaysia jelas digambarkan oleh Warga MSNM.
Disediakan Oleh: Baharuddin Bin Gappar