18 September 2018 | 08 Muharram 1440H (Selasa) - Seramai 31 orang pelajar dari Sijil Teknologi Elektrik (STE 4A) dan Sijil Landskap (SLP 3) Kolej Komuniti Masjid Tanah menyempurnakan lawatan ke Mahkamah Syariah Ayer Keroh, Melaka. Pelajar diberi kesempatan untuk menyertai sidang perbicaraan mahkamah terbuka Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah Ayer Keroh. Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkaitan prosedur mahkamah syariah berkaitan dengan nikah, cerai dan rujuk. Pelajar berjaya menumpukan perhatian disepanjang lawatan. Ini berdasarkan soalan yang dilontarkan berkenaan bidangkuasa mal dan jenayah mahkamah syariah. Tahniah diucapkan kepada pensyarah pengiring Ustaz Nuhammad Muzzairy bin Idris serta para pelajar yang hadir.
Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin