14 Ogos 2018 | 02 Zulhijjah 1439H (Selasa) - Satu Lawatan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah berjaya diadakan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Lawatan ini merupakan anjuran Jawatankuasa Sekretariat EKSA. Lawatan kami telah disambut oleh Tuan Abdul Rahman Bin Taib, Pengarah dan beberapa orang pegawai di sekolah tersebut. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di jabatan tersebut untuk dijadikan contoh dan panduan dalam pelaksanaan EKSA di jabatan ini.
Seramai 28 orang daripada jabatan ini telah terlibat dalam lawatan tersebut yang diketuai oleh Tuan Mohamad Ridzuan Bin Zainudin - Pegawai Penyelidik Kanan, Tuan Mohd Tarmizi Bin Jaafar, Jawatankuasa Induk EKSA, Ketua-ketua Zon dan Fasilitator. Diharap dengan lawatan ini, para peserta dapat menimba sedikit pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di jabatan ini dan seterusnya berjaya memperolehi Persijilan EKSA seterusnya dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara MSNM dan Sekolah Henry Gurney.
Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim