Audit Pemantauan ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 (Patuh Syariah) Mahkamah Syariah Negeri Melaka Oleh SIRIM
Audit Pemantauan ISO 9001:2015 Dan MS 1900:2014 (Patuh Syariah) Mahkamah Syariah Negeri Melaka Oleh SIRIM
23-25 Mei 2018 | 7-9 Ramadhan 1439H- Audit Pemantauan MS ISO 9001 : 2015 dan MS 1900 : 2014 ( Patuh Syariah) MSNM oleh SIRIM telah berjaya dilaksanakan pada 23 hingga 25 Mei 2018 bertempat di Kompleks MSNM.Pengauditan tahun ini melibatkan tiga lokasi iaitu di ibu pejabat MSNM, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin. Pasukan auditor dari SIRIM yang terlibat dalam pengauditan ini terdiri daripada Puan Hajah Ainie Jamaliah Bin Mohamad Zain (Ketua Pasukan), Tengku Aidil Al-Haj Bin Tengku Amiruddin dan Ustaz Hisham Sabri.

Audit dimulakan dengan mesyuarat pembukaan oleh Pengerusi majlis iaitu Encik Zainal Abidin dan bacaan doa oleh Encik Abdul Karim Bin Ibrhim. Kemudian ucapan alu-aluan oleh Ketua Hakim Syarie MSNM,YAA Datuk Hj.Mohd Radzi Bin Abd Latif. Seterusnya taklimat ringkas disampaikan Ketua Pendaftar MSNM, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz. Selesai taklimat,Ketua pasukan audit juga memberikan ucapan mewakili pasukan auditor.

Sebaik sahaja selesai majlis pembukaan tersebut, audit terus dijalankan. Puan Hajah Ainie Jamaliah Bin Mohamad Zain dan Tengku Aidil Al-Haj Bin Tengku Amiruddin merupakan auditor bagi ISO 9001:2015 manakala Ustaz Hisham Sabri bertindak sebagai auditor Patuh Syariah. Semua pegawai dan kakitangan MSNM telan memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang audit dijalankan menjadikan sesi audit selama tiga hari itu berjalan dengan lancar.

Pengauditan selesai sepenuhnya pada hari Jumaat dan diakhiri dengan mesyuarat penutup untuk pembentangan penemuan dan pengesoran dari setiap auditor. Keputusan daripada pembentangan tersebut, Auditor memaklumkan bahawa MSNM telah berjaya mengekalkan pensijilan sengan sedikit penambahbaikkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada MSNM. Semoga MSNM terus mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan ini.
Disediakan Oleh:Izzah Hanani Binti Suhaimi






















.png)





.png)








