Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Mahkamah Syariah Negeri Melaka Tahun 2016
Program Mahabbah Syar’iah (Hari Bertemu Pelanggan) Mahkamah Syariah Negeri Melaka Tahun 2016
6 Oktober 2016 (Khamis)- Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah berjaya menganjurkan program Mahabbah Syar’iah pada 6 Oktober 2016 yang diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Program tahunan ini merupakan kali kedua dijalankan setelah kali pertama pada tahun 2015 juga berjaya dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Antara pengisian program Mahabbah Syar’iah kali ini ialah Syariah Tour, Pameran dan Forum. Bagi slot Syariah Tour,program bermula dari jam 9.00 Pagi hingga 1.00 Tengahari melibatan tujuh buah sekolah di sekitar Negeri Melaka. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang slot tersebut iaitu taklimat oleh Peguam Syarie,Ketua Pendaftar dan Hakim Mahkamah Syariah, kuiz, tayangan video sebatan, dan lawatan ke sekitar mahkamah bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar sekolah berkenaan Institusi Kehakiman Syarian Islam. Aktiviti berakhir dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan.
Bagi slot forum dan pameran pula, bermula dari jam 2.30 hingga 5.00 Petang. Slot Forum melibatkan panel Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh (Pengarah Kolej Permata Insan,USIM) dan saudari Heliza Helmi (Heliza Helmi Production). Manakala moderator ustaz Huzailan Hamzah, Kadhi daerah Jasin mengupas tajuk forum Utamakan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang. Setiap panel berjaya mengupas tajuk dengan begitu baik dan menarik sehingga dewan dipenuhi ramai orang. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka YBhg. Sahibul Samahah Tuan Haji Abdul Halim Bin Tawil.
Pameran melibatkan 11 agensi seperti Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , Kementerian Kesihatan Masyarakat (KKM), Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI), Jabatan Agama Islam Melaka, Penguatkuasa, Penjara, wakil PUSPANITA Negeri Melaka dan lain-lain.
Tahniah kepada pengarah program Mahabbah Syar’iah, Puan Aishah Binti Kamaruddin, Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) MSNM, serta semua pegawai dan kakitangan MSNM dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini masih dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Disediakan Oleh: Izzah hanani Binti Suhaimi






















.png)





.png)








