Skip to main content

Program Gotong Royong Membersihkan Lokap Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah, Melaka

Program Gotong Royong Membersihkan Lokap Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah, Melaka


Jumaat, 17 Jun 2016 - Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah telah menganjurkan Program Gotong Royong peringkat daerah selama satu hari di Kompleks Pejabat Agama Islam & Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah.

Gotong Royong Lokap Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Melaka

Seramai 10 orang kakitangan telah mengambil bahagian dalam misi membersihkan lokap dan kawasan persekitaran Mahkamah dan aktiviti terus dijalankan tanpa mengira lapar dan dahaga demi mencapai matlamat program disamping menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan.

Gotong Royong Lokap Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Melaka

Gotong Royong Lokap Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Melaka

Antara objektif program yang telah digariskan ialah membersihkan kawasan lokap bagi tujuan pewartaan (untuk meletakkan tahanan / pesalah kes kes jenayah syariah), mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan, dan menambah amal ibadah dalam bulan Ramadhan.

Gotong Royong Lokap Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Melaka

Gotong Royong Lokap Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Melaka

Melalui program berkenaan, antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah membuat pengasingan barang-barang lama dan terpakai untuk penjualan atau pelupusan, membuat pemindahan peralatan-peralatan ke bilik stor yang disediakan, mencuci bahagian dalam lokap lelaki dan perempuan, menyapu / membersihkan habuk kawasan persekitaran lokap, dan mengosongkan laluan tangga keselamatan (dari pintu luar bangunan ke lokap).

Gotong Royong Lokap Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Melaka

 

Berita Oleh : En. Mohd Hafiidz bin Azman