Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015/1436H Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015/1436H Mahkamah Syariah Negeri Melaka
13 Ogos 2015- Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015/1436 H bertempat di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri-Negeri (JKSN/MSN) yang terlibat mengikut giliran setiap tahun dan tahun ini MSNM bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah bagi program tahunan PPSM tersebut. Program ini juga melibatkan kehadiran jemputan pegawai dan kakitangan setiap JKSN/MSN serta pejabat pegawai kader negeri-negeri.
13 Ogos 2015 - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015/1436 H bertempat di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri-Negeri (JKSN/MSN) yang terlibat mengikut giliran setiap tahun dan tahun ini MSNM bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah bagi program tahunan PPSM tersebut. Program ini juga melibatkan kehadiran jemputan pegawai dan kakitangan setiap JKSN/MSN serta pejabat pegawai kader negeri-negeri.


Istimewa majlis hari raya di MSNM ialah turut menjemput Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj Idris Bin Hj Haron untuk memeriahkan lagi majlis ini dan seperti yang dijangka, YAB Datuk Seri tidak pernah menghampakan jemputan MSNM dalam apa jua program yang dianjurkan termasuk program ini walaupun ketibaan beliau dan isteri lewat kerana memenuhi banyak jemputan di tempat lain. Walaubagaimanapun, kedatangan beliau dan isteri amat dihargai.

Majlis Hari Raya Aidilfitri bermula jam 12.00 hingga 2.00 Petang dan kehadiran wakil setiap daripada JKSN/MSN dan pejabat kader amat memberangsangkan. Antara hidangan yang disediakan ialah nasi korbuli dan ayam masak merah sebagai menu utama,nasi himpit dengan rendang ayam,kuah kacang,lodeh,lontong dan bubur pulut hitam sebagai pemanis mulut yang semuanya disediakan oleh katering yang dipilih oleh MSNM. Setiap zon MSNM juga turut menyumbangkan pelbagai jenis kuih muih,biskut raya dan pencuci mulut sebagai hidangan tambahan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Lebih menarik, MSNM juga turut menyediakan ruang khas untuk bergambar yang telah dihias cantik hasil tangan beberapa orang pegawai dan kakitangan MSNM sendiri. Ruang bergambar tersebut mendapat pujian ramai dan tetamu-tetamu yang hadir kebanyakan tidak melepasakan peluang untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis itu juga diserikan dengan dendangan lagu-lagu hari raya.

Terdapat beberapa program dijalankan pada majlis hari raya tersebut. Antaranya gimik penyerahan Bendera Melaka oleh Ketua Menteri Melaka kepada Ketua Kontijen MSNM iaitu Ya Tuan Mohamad Khalid Bin Shaee,Hakim Mahkamah Tinggi MSNM sempena temasya Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia (SMS-3) Tahun 2015 yang bakal menjelang beberapa hari lagi. Selain itu, penyerahan sijil-sijil misi bantuan banjir pantai timur tahun 2015 kepada negeri-negeri yang terlibat iaitu MSNM sendiri,JKSM,JKSN Kedah,Pahang,Perak danTerengganu, penyerahan cenderamata daripada PPSM kepada MSNM dan penyerahan cenderamata daripada MSNM kepada Ketua Menteri Melaka. Tayangan montaj berkenaan misi bantuan banjir juga ditayangkan untuk tontonan Ketua Menteri dan tetamu yang hadir.

Majlis tamat pada jam 4.00 Petang dan sesi bergambar beramai-ramai semua warga MSNM menutup program ini. MSNM amat berpuas hati dan gembira dengan sambutan majlis hari raya yang sangat meriah. MSNM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.


Disediakan Oleh:Izzah Hanani Binti Suhaimi






















.png)





.png)








